Saturday, July 4, 2009

Layer Effect : Change Eye Color

Oleh kerana teknolgi semakin menuju ke tahap yang lebih canggih, permintaan tentang tutorial menggunakan Adobe Photoshop CS4 semakin tinggi, walaupun saya agak selesa dengan Adobe Photoshop CS2 namun kesan terhadap CS4 lebih menonjol dan spesifikasi untuk menggunakan perisian ini pun perlu mengikut kehendak yang telah di optimumkan. Ceh ni ayat lama ni.. hehe memang canggih kerana perisian terkini ini banyak membantu memudahkan lagi kerja-kerja untuk editing, kretivit serta imiginasi adalah perlu untuk menghasilkan karya agung ciptaan anda kerana dari situ ia di nilai dari sudut pandangan yang berbeza oleh pemerhati kerana apa yang anda ingin sampaikan memberi satu impak kepada perubahan dunia grafik digital.
Den dah banyak molalut ni,

Tutorial ini siap dengan suara lagi, dah makin canggih kan? just watch & listen! Enjoy doing!



Sekian, Selamat Mencuba

Saturday, April 4, 2009

Adobe Photoshop CS3 Tutorial - Glass Effects

Oleh kerana teknolgi semakin menuju ke tahap yang lebih canggih, permintaan tentang tutorial menggunakan Adobe Photoshop CS3 semakin tinggi, walaupun saya agak selesa dengan Adobe Photoshop CS2 namun kesan terhadap CS3 lebih menonjol dan spesifikasi untuk menggunakan perisian ini pun perlu mengikut kehendak yang telah di optimumkan.





tutorial ini disediakan oleh heydoityourself.com

Sekian, Selamat Mencuba!

Peluang Hebat untuk anda

Buat pertama kalinya di Malaysia, satu Peluang Hebat yang baru, mudah, terjamin, tiada risiko, dan semua orang mampu melakukanya walaupan hanya dari rumah!! Percaya atau tidak, Sudah ramai mula menyertai peluang Perniagaan ini dan mula menjana pendapatan sehingga beratus ribu ringgit setiap bulan!!! Sila baca Petikan di bawah dengan teliti. Anda akan terkejut bagaimana peluang ini mampu direbut oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira peringkat umur!

MEMPERKENALKAN!

jutawan

Ramai Yang Telah Berjaya Menjana Pendapatan Berganda Dengan Merebut Peluang Hebat Ini! Anda Bila Lagi?? Ingin tahu kisah selanjutnya sila layari PeluangHebat.com

Wednesday, April 1, 2009

Teknik Super-Impose

Salam Semua,

Sudah lama saya tidak berkongsi tips dengan anda semua, walaupun kini kita sering sibuk dengan hal lain namun saya tidak melupakan anda untuk berkongsi tips design-design terbaru, ini adalah sedutan teknik super-impose yang mengagungkan muka dan badan serigala jadian. Pada awalnya anda perlu memilih gambar subjek anda yang menepati dengan apa yang anda ingin ubahsuai, kemudian anda memerlukan sekeping gambar anda atau rakan-rakan anda yang posing mengikut kedudukan gambar subjek kita iaitu gambar serigala jadian tadi.


Lycans

Saya rasa anda mungkin boleh buat yang lebih baik daripada ini, saya memerlukan sedikit masa untuk membuat tutorial berbentuk video dan diharap agar anda masih update dengan blog saya.

Sekian, Selamat Mencuba!

Impak Facebook social network kepada internet marketing


Mark Zuckerberg - Facebook's founder


F
acebook mengumumkan memberi kesempatan para developer webite untuk dapat mengakses tool-tool yang dimilikinya. API yang disediakan oleh Facebook ini mampu mengakses contents Facebook. Akses yang disediakan adalah Status, Notes, Links dan Video.

Bagi anda yang suka dengan kegiatan developer website, maka bisa jadi ini adalah salah satu celah untuk mencari kesempatan bisnes dengan hanya mengiklankan web anda atau berkongsi link dan facebook akan melakukan kerja-kerja memaparkan kandungan yang terdapat di dalam website yang di "share" atau diiklankan dengan mudah untuk rakan-rakan atau network anda untuk mengetahui apa yang anda ingin kongsi. Seperti halnya Google, berbagai developer memanfaatkan API Google untuk mengembangkan map, search engine, SEO dan sebagainya.

facebook melaporkan bahwa sekitar 24 juta link baru dishare sesama user setiap bulannya. Dan sekitar 15 juta user mengupdate status yang dimilikinya setiap hari. Facebook yang melanda dunia internet ini, mengubah cara panndang internet modern. Mark Zuckerberg si pencipta facebook sendiri tidak menyangka Facebook boom akan seperti ini.

Jikalau dibandingkan dengan data page-view, Facebook mempunyai lebih kurang 80 billion sebulan berbanding dengan MySpace yang hanya mempunyai lebih kurang 43 billion sebulan. Beberapa penanda menunjukkan bahawa tahun ini bakal menjadi tahun terakhir untuk MySpace menjadi raja laman sosial di US sebelum dipintas oleh Facebook menjelang tahun hadapan.

MySpace yang dahulunya memegang takhta sebagai laman sosial nombor satu didunia, kini bukan lagi. Kini, takhta tersebut dipegang oleh Facebook yang mana mempunyai lebih 100 juta pengguna berbanding dengan MySpace. Walaubagaimanapaun, MySpace masih menjadi raja laman sosial di US. Tetapi di Malaysia masih ramai yang selesa dengan pengunaan Friendster, walaubagaimanapun pengunaan social network ini sangat penting kepada pengguna internet masa kini.

Thursday, January 29, 2009

Pasaran seni grafik Adobe Photoshop

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama saya tidak mengupdate blog ini dan mendapat beberapa permintaan agar mengemaskini blog kini saya berbekal semangat serta azam baru untuk memajukan industri seni reka grafik digital tanah air (sejak bila ada industri?) mengambil kesempatan untuk berkongsi pengalaman semasa di UUM Sintok yang menganjurkan program KARNIAWAN 6 09 yang telah berlansung 9 Januari 2009 yang lalu.

Di sana saya membentangkan projek keusahawanan yang bertajuk Kursus Adobe Photoshop dan membina Blog, sebanyak 21 IPTA/S yang turut bertanding dalam kategori ini namun yang terpilih hanya 3 yang terbaik meskipun saya tidak berjaya menjuarai mana kategori iaitu Projek Keushawanan Terbaik, Usahawan Mahasiswa Terbaik dan Rancangan Perniagaan Terbaik namun disini yang penting pada saya kalah bukanlah satu kegagalan apa yang saya pelajari selama ini mesti saya perbaiki serta mencari kelemahan diri untuk maju. Walaupun tidak berjaya menjuari anugerah berikut pujian serta semangat untuk terus maju yang saya peroleh dari rakan-rakan usahawan semasa program Karniawan 6 09 adalah satu anugerah yang sangat bermakna kerana hasil usaha saya di hargai dan di nilai dari sudut yang berbeza.

Walaupun saya masih belajar untuk memperbaiki skills dan method dalam seni reka grafik digital saya dipandang sebagai seorang professional yang sudah sekian lama dalam bidang ini. Ini yang pernah di perkatakan oleh Fahmy Rahsiaebiz.com serta Lebanon Rahsia10k.com dimana apabila kita menghayati apa yang kita cuba perjuangkan kita akan mendapat ganjaran daripada titik peluh kita tidak perlu kita pandang begitu jauh untuk mencari idola yang betul-betul sudah berjaya biar gagal yang penting anda belajar dari kesilapan dan yang lebih penting jangan ulang kesilapan yang sama kali kedua. You Never Failed You Just Get Wrong Result!! kata-kata ini juga patut anda ambil untuk memajukan diri anda.

Apa yang saya ingin highlight disini ialah didalam bidang seni reka grafik digital ini masih terdapat ruang lagi untuk menjana pendapatan walaupun ramai yang menceburi namun pasaran serta permintaan terhadap kepakaran dalam bidang ini semakin meningkat dan berkembang sepanjang masa. Jangan rasa takut untuk mencuba belajar dari mereka yang pakar dan mahir dalam kepakaran yang anda ingin ceburi nescaya anda juga akan berjaya.

Sekian, Salam update dari saya